Blogger Layouts

Thursday, March 22, 2012

SAFETY FIRST

Kes penculikan kanak-kanak menjadi-jadi sejak akhir-akhir ni. Apa la nak jadi dengan dunia kita. Tema "Safety First" di tadika  menekankan kepada aspek keselamatan dalam rumah dan di luar rumah. Guru mempunyai tanggungjawab  memastikan p&p ini sampai, difahami dan diamalkan oleh Nadi Permata young masters.

BE SMART. 

SAY NO TO STRANGERS.


 


BERSABARLAH. SAKIT ITU UJIAN DARINYA.


Dah lama tak update blog ni. Tak berapa nak sempat la tu... Ada macam--macam perkara yang menggembirakan dan mendukakan. Adat dunia..suka dan duka silih berganti. Anak2 tadika dan teacher silih berganti demam. Kesian sangat tengok bila da baik sikit tapi berkobar2 semangat  nak pergi tadika. Rindu ngan kawan dan cikgu kot.. ke rindu nak main..Tengok muka masing2 agak kecik sikit sebab sakit, adus...macam terasa la pulak  sakit anak2 ni kat badan teacher Nadia. X apa..semua orang kat Nadi Permata kuat. Allah sayang kita sebab tu bagi kita rasa sakit supaya kita dapat belajar macamana orang lain rasa sakit. Cepat lah sembuh anak2ku dan guru2ku. Rindu melihat kalian CERIA macam selalu. Dan pengorbanan guru2 tak dilupai...sakit pun datang jugak mengajar. 

SUPER JOB.

A very huge CONGRATULATIONS to teacher Fiza  of  the promoting to The Head of Nadi Permata Pontian.  You deserved it. Keep good work. 

Wednesday, March 7, 2012

"SAYANG" HAK ASASI SETIAP KANAK-KANAK

  DI NADI PERMATA...

.KEMPEN GURU PENYAYANG. 





(gambar ihsan Cikgu Merini @ facebook  Cikgu Merini.  TQ so much for your kindness)



PAK CIK VAN MARAH

Hari ini agak menyedihkan. Teacher terlalu asyik buat aktiviti menganyam dengan student sampai tak sedar van  pick up student dah sampai.



Waktu hantar student ke van tiba-tiba je teacher kena marah dengan pakcik van tu. Menengking  depan parent  yang menunggu  pulak tu.....Oh tidak!!  Esok kan kita jumpa lagi pak cik. Tak segan ke  nanti bila pak cik tengking-tengking macam ni ...??
Pak cik yang marah.


Budi bahasa tu tetap amalan kita rakyat Malaysia. Terkejut dan sedih teacher dibuatnya. 

Teacher yang terkejut + sedih. Bukan kami sengaja. Maafkan kami pak cik.


Namun begitu kami masih tetap menghormati pak cik. Tapi apa salah kami?? Kelas tamat jam 12.00 tengahari tapi pak cik van datang dan pick up student jam 11.30 pagi setiap hari. Belum lagi waktu balik. Kesian student tertinggal sesi pelajaran dia. Tak keluarkan student, pak cik ugut nak hentikan perkhidmatan van student tu kat  parents mereka. Siap cakap kita tak beri kerjasama pulak tu... Padahal tak pernah pun tak keluarkan student masa pak cik datang. Perkara kecil macam nie pun boleh dijadikan hal.
 Aduh!! Sabar ajelah kami. Insyaallah...insyaallah ...tak pe, tak pe..  
sabar itu separuh daripada iman.  Apa yang boleh kami buat? Terpaksa jugaklah akur. Kalau 1 hari balik awal 40 minit, 1 minggu dah ada 200 minit dan sebulan ada .........    Banyak la nampaknya student tu tertinggal sesi pembelajaran dia nanti. Mudah-mudahan hati mereka terang dan cepat belajar jadi tak la tertinggal jauh sangat. Ameeen....

Sabarlah teacher ye dengan karenah-karenah yang tak terduga macam nie... Itulah salah satu cabaran guru tadika macam kita. 

Thursday, February 23, 2012

ACCAMAIKUM...

Pada satu hari S..., S... dan S... kena tidur rumah ustazah pasal babah diorang kerja malam, nenek diorang pulak baru lepas k.... dan bibik balik ke Indon. Tak ada orang jaga. Babah diaorang mintak tolong ustazah jaga. Ustazah tu dah la sakit kaki,,cam ne nak jaga.. tapi kesian n sayang punya pasal, teacher Nadia pun drive dan tidur kat rumah ustazah jgk.

 MAKA BERMULALAH KISAH INI.


"Acccamaikum...." (ada lagu kat hujung salam tu.)

"Waalaikumussalam.. ..ala pandainya bagi salam"  sahut ustazah dari dalam rumah dan  terus bukakan pintu untuk kami.

Walaupun bukan ibu yang mengandungkan anak ini tapi sejuk betul perut saya tengok mereka.  Nak tau kenapa??  Jom terus baca.

"Azan.." telus betul suara S... keluar masa dia dengar azan Maghrib dari surau. Teruja sangat dia.

"Iche,, nk Shemayang." pelat la pulak...he he.. comel je..

Saya bagi dia 1 sejadah.

Tiba-tiba dia berebut dengan kembarnya , S... . Tolak menolak. Last-last  dua-dua menangis. Saya perhatikan aje tak nak masuk campur. Saya cakap.....
"Sayang..think win-win."

Dia menoleh,(ntah faham ke tidak tu...) tiba-tiba dia berdiri lepas tu ambil sejadah tu dan bentang balik, dia tolak kembar dia berdiri di depan sejadah dan dia sendiri di bahagian opposite sejadah tu....berdepan dengan kembar dia. "Allahuakbar... Allahuakbar.." tonggang terbalik mereka berdua rukuk sujud.
(tak sempat nak amik kamera sebab terkejut)

Saya terfikir...macamana kanak-kanak sekecil 3 tahun ini boleh ambil tindakan share sebegitu gaye?? Science Inteligent. Social Inteligent. (Mungkinkah kebetulan @  mereka dididik sebegitu rupa oleh babahnya.)

Kakak S... terus je amik tudung dan sejadah 1 lagi  n cakap pada teacher Nadia
 " mama ajarkan yaya ye."

Sebak saya. Kalaulah ibu mereka tau apa yang berlaku.. tentu dia tak tinggalkan anak-anak ini. Tentu sesaat pun tak sanggup berjauhan. Kemanalah ibu tu pergi di saat mereka memerlukan dia...Teacher saaaayang kamu bertiga. Saya memeluk mereka dengan airmata berlimpahan.


Tuesday, February 21, 2012

AYAHBONDA RAKAN SEPERJUANGANKU..

Andai kata tiada, masih belum terlambat. Ayuh kita mulakan langkah. Hari ini, saat ini,,tanpa berlengah lagi.