Blogger Layouts

Thursday, March 22, 2012

SAFETY FIRST

Kes penculikan kanak-kanak menjadi-jadi sejak akhir-akhir ni. Apa la nak jadi dengan dunia kita. Tema "Safety First" di tadika  menekankan kepada aspek keselamatan dalam rumah dan di luar rumah. Guru mempunyai tanggungjawab  memastikan p&p ini sampai, difahami dan diamalkan oleh Nadi Permata young masters.

BE SMART. 

SAY NO TO STRANGERS.


 


BERSABARLAH. SAKIT ITU UJIAN DARINYA.


Dah lama tak update blog ni. Tak berapa nak sempat la tu... Ada macam--macam perkara yang menggembirakan dan mendukakan. Adat dunia..suka dan duka silih berganti. Anak2 tadika dan teacher silih berganti demam. Kesian sangat tengok bila da baik sikit tapi berkobar2 semangat  nak pergi tadika. Rindu ngan kawan dan cikgu kot.. ke rindu nak main..Tengok muka masing2 agak kecik sikit sebab sakit, adus...macam terasa la pulak  sakit anak2 ni kat badan teacher Nadia. X apa..semua orang kat Nadi Permata kuat. Allah sayang kita sebab tu bagi kita rasa sakit supaya kita dapat belajar macamana orang lain rasa sakit. Cepat lah sembuh anak2ku dan guru2ku. Rindu melihat kalian CERIA macam selalu. Dan pengorbanan guru2 tak dilupai...sakit pun datang jugak mengajar. 

SUPER JOB.

A very huge CONGRATULATIONS to teacher Fiza  of  the promoting to The Head of Nadi Permata Pontian.  You deserved it. Keep good work. 

Wednesday, March 7, 2012

"SAYANG" HAK ASASI SETIAP KANAK-KANAK

  DI NADI PERMATA...

.KEMPEN GURU PENYAYANG. 





(gambar ihsan Cikgu Merini @ facebook  Cikgu Merini.  TQ so much for your kindness)



PAK CIK VAN MARAH

Hari ini agak menyedihkan. Teacher terlalu asyik buat aktiviti menganyam dengan student sampai tak sedar van  pick up student dah sampai.



Waktu hantar student ke van tiba-tiba je teacher kena marah dengan pakcik van tu. Menengking  depan parent  yang menunggu  pulak tu.....Oh tidak!!  Esok kan kita jumpa lagi pak cik. Tak segan ke  nanti bila pak cik tengking-tengking macam ni ...??
Pak cik yang marah.


Budi bahasa tu tetap amalan kita rakyat Malaysia. Terkejut dan sedih teacher dibuatnya. 

Teacher yang terkejut + sedih. Bukan kami sengaja. Maafkan kami pak cik.


Namun begitu kami masih tetap menghormati pak cik. Tapi apa salah kami?? Kelas tamat jam 12.00 tengahari tapi pak cik van datang dan pick up student jam 11.30 pagi setiap hari. Belum lagi waktu balik. Kesian student tertinggal sesi pelajaran dia. Tak keluarkan student, pak cik ugut nak hentikan perkhidmatan van student tu kat  parents mereka. Siap cakap kita tak beri kerjasama pulak tu... Padahal tak pernah pun tak keluarkan student masa pak cik datang. Perkara kecil macam nie pun boleh dijadikan hal.
 Aduh!! Sabar ajelah kami. Insyaallah...insyaallah ...tak pe, tak pe..  
sabar itu separuh daripada iman.  Apa yang boleh kami buat? Terpaksa jugaklah akur. Kalau 1 hari balik awal 40 minit, 1 minggu dah ada 200 minit dan sebulan ada .........    Banyak la nampaknya student tu tertinggal sesi pembelajaran dia nanti. Mudah-mudahan hati mereka terang dan cepat belajar jadi tak la tertinggal jauh sangat. Ameeen....

Sabarlah teacher ye dengan karenah-karenah yang tak terduga macam nie... Itulah salah satu cabaran guru tadika macam kita.