Hari ini agak menyedihkan. Teacher terlalu asyik buat aktiviti menganyam dengan student sampai tak sedar van pick up student dah sampai.
Waktu hantar student ke van tiba-tiba je teacher kena marah dengan pakcik van tu. Menengking depan parent yang menunggu pulak tu.....Oh tidak!! Esok kan kita jumpa lagi pak cik. Tak segan ke nanti bila pak cik tengking-tengking macam ni ...??
Waktu hantar student ke van tiba-tiba je teacher kena marah dengan pakcik van tu. Menengking depan parent yang menunggu pulak tu.....Oh tidak!! Esok kan kita jumpa lagi pak cik. Tak segan ke nanti bila pak cik tengking-tengking macam ni ...??
![]() |
| Pak cik yang marah. |
Budi bahasa tu tetap amalan kita rakyat Malaysia. Terkejut dan sedih teacher dibuatnya.
![]() |
| Teacher yang terkejut + sedih. Bukan kami sengaja. Maafkan kami pak cik. |
Namun begitu kami masih tetap menghormati pak cik. Tapi apa salah kami?? Kelas tamat jam 12.00 tengahari tapi pak cik van datang dan pick up student jam 11.30 pagi setiap hari. Belum lagi waktu balik. Kesian student tertinggal sesi pelajaran dia. Tak keluarkan student, pak cik ugut nak hentikan perkhidmatan van student tu kat parents mereka. Siap cakap kita tak beri kerjasama pulak tu... Padahal tak pernah pun tak keluarkan student masa pak cik datang. Perkara kecil macam nie pun boleh dijadikan hal.
Aduh!! Sabar ajelah kami. Insyaallah...insyaallah ...tak pe, tak pe..
sabar itu separuh daripada iman. Apa yang boleh kami buat? Terpaksa jugaklah akur. Kalau 1 hari balik awal 40 minit, 1 minggu dah ada 200 minit dan sebulan ada ......... Banyak la nampaknya student tu tertinggal sesi pembelajaran dia nanti. Mudah-mudahan hati mereka terang dan cepat belajar jadi tak la tertinggal jauh sangat. Ameeen....
Sabarlah teacher ye dengan karenah-karenah yang tak terduga macam nie... Itulah salah satu cabaran guru tadika macam kita.




No comments:
Post a Comment